Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menasihati sahabatnya Sajat untuk tidak berkongsikan kepada umum jika dia menunaikan ibadah umrah suatu hari kelak.
Menerusi sesi siaran langsung, Aliff berkata memberikan pendapatnya apabila Sajat ada menyuarakan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah sebagai lelaki.
BACA: “Tak Kisahlah Rambut Panjang” – Sajat Bakal Tunai Umrah Sebagai Lelaki
@tashaillia Semoga dipermudahkan urusan Sajat. #datoaliffsyukriterlajaklaris #alifsyukriterlajaklaris #dherbsterlajaklaris
“Dia nak pergi umrah ke nak pergi haji ke, itu hal dia dengan Allah. Kita sebagai seorang hambaNya jangan mudah menghukum.
“Ingin saya nasihatkan, kalau dia pergi janganlah upload (media sosial) sebab kalau dia buat, akan ada orang yang senang dan ada juga orang yang tak senang dengannya,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata kita tidak boleh sewenangnya menghukum seseorang dan ahli keluarga adalah individu yang tepat untuk menasihati Sajat.
Dalam pada itu, Aliff berkata Sajat ada meluahkan keinginan untuk pulang ke Malaysia dan dia mengakui bimbang jika sahabatnya akan lebih hanyut jika berada di Australia.
“Setahu saya, dia bukan lagi warganegara Malaysia. Kami selalu berhubung juga, dia sedih dan bila dia telefon saya mesti menangis sebab teringin nak balik Malaysia. Mungkin dia terlanjur dan tak mahu mengulang kesilapan. Bantulah dia untuk balik Malaysia.
“Kita sebagai rakyat Malaysia mungkin boleh membantu dia ke arah kebaikan. Saya takut kalau dia dekat sana, dia akan lagi hanyut. Dekat negara sana tu, semuanya boleh dan kita kena doakan yang baik-baik,” katanya.