Dituduh Tumpang Populariti, Pablo Amirul Pertahankan Kekasih

Pelakon Pablo Amirul  mempertahankan kekasihnya, Dr Hana Rose apabila ada netizen mendakwa wanita itu menumpang popularitinya untuk meraih perhatian di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Pablo berkata kekasihnya tidak meminta untuk didedahkan kepada umum dan tidak gemar mengambil gambar, sebaliknya dia sendiri yang memilih untuk berkongsikan kekasihnya itu di media sosial.

BACA: Pablo Amirul Sanggup Ulang Alik 1,628KM Setiap Bulan Jumpa Kekasih

@pabloamirulofficial

Topic: Dealing with her @drhanarose05 insecurities atau traumatik ..apakah itu? 1) Seorang susah nak ambil gambar hanya ambil gambar sendiri guna phone dia.. lambat lagi gambar pablo nak kerap ambil..self obsession! but love her ..she good with editing ! (tanpa paksaan ??) 2) Tidak mau diexpose sbb Tidak mau Dituduh lagi! previous toxic ex yg sebar kononnya tumpang Hype atau popularity .. but in my case Hana tak tumpang langsung as pablo sendiri nak expose dia and sharing what we want di media social.. basically she doing good with her own branding…and Pablo bukan macam ex dia before! hanya orang yang uneducated jer yang akan cakap kat pasangan dia macam tur..just not me and we doing good 3) Appreciate your beauty and our moment. You can use mine , tiada pablo akan cakap ungkit or you tumpang popularity pablo sebab pablo pun tak famous mana ..hanya di kenali sahaja ! Jangan cakap Hana tak upload video kami di TikTok ..boleh layan kat Rumah Merah Dr Hana Rose..we do content bersama…so be nice and just enjoy it

? original sound – Pabloamirul – Pabloamirul

Sementara itu, Pablo berkata kekasihnya itu pernah berdepan hubungan toksik apabila dituduh kononnya mahu menumpang populariti.

“Seorang yang susah nak ambil gambar, hanya ambil gambar sendiri guna telefon dia. Lambat lagi nak dapat gambar dari Pablo. Self-obsession! Tapi saya tetap sayang dia sebab dia pandai edit (tanpa paksaan).

“Tidak mahu didedahkan sebab tak nak dituduh lagi! Bekas kekasih sebelum ni toksik, sebar kononnya tumpang Hype atau populariti tapi dalam kes saya Hana tak tumpang langsung as pablo sendiri nak expose dia and berkongsi apa kami nak di media sosial. 

“Basically she doing good with her own branding dan Pablo bukan macam teman lelaki dia sebelum ni! hanya orang yang tidak berpelajaran je yang akan cakap dekat pasangan dia macam tu. Just not me and we doing good,” katanya.

Terdahulu, Pablo berkongsikan setiap bulan dia berulang alik sejauh  1,628 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu Sabah untuk bertemu dengan kekasih hatinya.

×