Ditegur Soal Aurat, Fouziah Gous Minta Jangan Sibuk Cari Dosa Orang

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous seolah berang apabila ada netizen meninggalkan komen berunsur perlian pada satu hantarannya.

Menerusi hantaran itu, Fouziah dilihat mengenakan busana labuh berwarna biru terang yang didakwa singkat oleh segelintir netizen.

BACA: Fouziah Gous Syukur Khatam Al-Quran Jumaat Terakhir Ramadan Di Tanah Suci

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

“Alhamdulillah untuk segalanya. Tapi kenapa suami saya tanya, baju sekolah ke?” Fouziah menulis kapsyen ringkas.

Tidak hanya berdiam diri, Fouziah meminta individu tersebut menjaga kata-kata dalam meninggalkan komen serta menyatakan untuk tidak menyentuh hal keluarga.

“Bila awak ada suami sempurna dari syurga, jaga baik-baik. Jangan sibuk judge suami orang. Saya ini jarang balas tapi adab perlu ada dalam berkata-kata.

“Jangan rasa diri hebat dan boleh cakap ikut suka hati di media sosial. Sibukkan diri untuk mencari ilmu daripada sibuk cari dosa orang lain.

“Pergi tanya suami sempurna awak, boleh ke tinggalkan komen sebegitu pada Fouziah Gous! Ke awak memang suka cari kesalahan suami orang?” tulisnya.

×