Penyanyi Datuk Nora Ariffin mendedahkan dia pernah berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada netizen selepas berkahwin sekali lagi.

Menerusi satu podcast, Nora berkata sebelum ini dia menghasilkan produk makanan iaitu pes masakkan dan membuat live untuk berniaga demi menjana pendapatan.

BACA: Nora Ariffin Nekad Fail Cerai Isnin Ini

@bernamatvofficial

BILA ‘SATU’ TIADA Jangan mudah menghukum takdir insan lain. Datuk Nora Ariffin itsnoraariffin terpaksa melalui pelbagai episod cabaran hidup yang tidak ramai yang memahami. Ikuti episod penuh podcast hidupinikeras di semua platform Youtube dan Facebook Bernama, Sabtu, 10 pagi. podcast hidupinikeras bernamaofficial bernamatv bernamaradio

? original sound – Bernama TV – Bernama TV

“Saya tidak malu berniaga, kalau suatu hari saya perlu berniaga nasi lemak tepi jalan pun tidak mengapa. Sebelum ini saya aktif buat live untuk menjual pes masakan. Secara konsisten saya dapat jual 20 ke 30 pek satu hari. Bagi saya itu sudah cukup untuk menjana pendapatan,” katanya.

Bagaimanapun, Nora berkata dia terkilan apabila ada yang menggelarnya penyondol susulan kontroversi terpalit dirinya sehingga mengatakan tidak mahu membeli produknya.

“Suatu hari ketika saya buat live, ada yang komen ,’Ini pes penyondol tu ke? Saya tak nak beli, nanti kalau saya makan saya jadi penyondol’.

“Sakit sangat, saya dah tak nak buat live. Saya dah tak sanggup dan tak kuat. Perkataan itu sangat menyakitkan. Saya berhenti seketika dan ambil masa untuk saya buat live semula,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata disebabkan tohmahan itu juga dia membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

“Itu juga antara sebab yang saya katakan kepada Rushdi… tak mengapalah, mungkin ini sudah ketentuan Allah. Saya tak boleh untuk berterusan begini.

“Kita andaikan bahawa jodoh kita hanya setakat ini dan Allah lebih mengetahui. Saya minta ampun dan memohon untuk undur diri,” katanya.

Sumber: Bernama TikTok

×