fbpx

Digoda Kawan Serumah, Daler Yusof Terpaksa Pindah

Mengambil masa selama dua tahun untuk mahir berbahasa Melayu, pelakon yang meningkat naik selepas video terpegang dada Nelydia Senrose baru baru ini iaitu Daler Yusuf berkongsikan perkara menarik bersama mStar Online.

BACA: “Saya Sendiri Tak Sedar Tersentuh Ke Tidak”

Menurut Daler, sebelum ini dia pernah diganggu rakan serumahnya sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berpindah.

“Saya menyewa bilik. Seorang tu orang Pakistan. Entahlah saya tak suka dia. Seorang lagi ‘adik-adik’, dia cuba goda saya, nak pegang-pegang. Akhirnya saya terpaksa pindah,” katanya kepada portal berita tersebut.

Sementara itu, dalam masa yang sama dia sempat berkongsi kisah kampungnya di Uzbekistan yang terletak berhampiran dengan sempadan Afghanistan. Malah katanya, dari lapangan terbang ke kampungnya itu, perjalanan mengambil masa sehingga 10 jam lamanya.

“Biasanya bapa saya jemput walaupun jauh 10 jam. Selepas lalu kawasan gunung-ganang dan bukit-bukau baru sampai rumah,” kongsinya lagi. (rtky/s)