Meskipun pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya, isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi berkata dia tetap menyayangi suaminya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Afreena berkata dia tidak akan mengaibkan suaminya serta mengatakan siapa yang tidak sayangkan suami.
BACA: Along Cham Dedah Isteri Seleweng RM100,000 Kutipan Derma
“Tidak apa, awak boleh dedahkan apa saja kenyataan yang awak nak. Awak masih suami dan saya tak akan aibkan awak walau apapun yang terjadi atau fitnah awak. Siapa tak sayang suami kan?,” tulisnya.
Sementara itu, Afreena berkata dia pasrah dengan semua kenyataan suaminya yang menggelarnya ‘mak lampir’ serta mendakwa dia menyeleweng dana RM100,000.
“Mak lampir? Scammer 100K? Curang?, sekat keluarga? Apa lagi? Apa yang dah jadi kepada suami yang saya kenal? Sebab awak bukan macam ini. Terima kasih suamiku untuk semua ini. Tapi saya masih ambil berat, rindu dan sayang,” katanya.
Terdahulu, Along mendakwa isterinya menyeleweng dana dikumpulkan untuk membantunya ketika dia ditahan pihak polis.
Bagaimanapun, Along berkata dana berjumlah hampir RM100,000 yang dikutip daripada sumbangan orang awam termasuk rakan selebriti itu tidak sampai ke tangannya. Malah, anaknya Ahmad Daniel pula diurus dan dijaga oleh pelakon dan pengacara, Didie Alias.