Pelakon Fattah Amin mengakui dia pernah hampir putus asa dalam dunia lakonan berikutan kritikan diterima termasuk gelaran ‘kayu’ mengenai lakonannya.
Menerusi podcast Borak Selebriti Sinar, Fattah berkata dia agak tertekan ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan sehingga pernah terfikir untuk tidak mahu mengambil tawaran berlakon.
BACA: Hari Bahagia Fattah & Amira Makin Hampir? Pengurus Minta Doa Yang Baik-Baik
@sinar_my Replying to @Pembekal sabun baju Pertama kali berlakon dan Fattah Amin dapat kritikan hebat daripada penonton. Digelar pelakon ‘kayu’ sampaikan rasa dah tak nak berlakon. Tapi lama-lama dah banyak pengalaman dah power dah sekarang! ?? Setuju tak? #SINARKongsi #BorakSelebriti #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #xybca #fattahamin @FattahAmin
“Saya rasa waktu itu memang rasa depress juga la. Waktu saya berlakon itu, mula-mula… waktu saya kayu itu, kita dah boleh macam kalau drama kita tengah tayang, orang boleh komen terus dekat sosial media.
“Kadang-kadang sudah tentu kita terbaca, kita nak promosi drama kita, kemudian kita terbaca orang komen kata lakonan tak okay, tak kenal la.
“Orang tak pernah tengok lakonan kita, keras semacam… tapi waktu yang sama kita tengah shooting. Ada rasa macam okay ini first dan last. Lepas ini tak nak ambil job berlakon,” katanya.
Bagaimanapun, Fattah berkata dia tidak patah semangat dengan kritikan diberikan sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk dia belajar dalam dunia lakonan.
Menurut Fattah lagi, dia tidak sempat menyertai kelas lakonan namun belajar berlakon menerusi pelakon senior dan melakukan pemerhatian ketika di set penggambaran.
“Saya tak sempat pergi kelas masa itu, sebab waktu itu bila dah habis itu saya ambil job lain. Saya banyak belajar dengan pelakon-pelakon senior.
“Di set kita banyak bertanyalah, kemudian kita perhati juga. Sebab kita berlakon itu tak semestinya dalam kelas, kita boleh berlakon, kita boleh belajar melalui pengalaman juga. Bila tengok pelakon lain, macam mana mereka jayakan watak, saya ambil sikit-sikit ilmu daripada mereka,” katanya.