Didi Astillah Dedah Aliff Pernah Ada Hubungan Dengan Isteri Orang Anak 3

Nampaknya selepas penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz muncul menerusi temu bual bersama Melodi, adik Bella iaitu Didi Astillah pula membuat pendedahan mengejutkan di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Didi mempersoalkan tindakan Aliff yang tidak mengulas mengenai kes tangkap khalwatnya dengan aktres sensasi, Ruhainies seolah mahu menutup kes berkenaan.

BACA: Aliff Aziz ‘Makan Luar’ Sebab Jiwa Rasa Kosong

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didi Astillah (@didiangelastillah)

“Daripada podcast, interview sana sini bila bab ‘kes’ tak nak ulas apa-apa. Tapi bila soal kesalahan kak long saya panjang berjela, seolah olah mereka nak menutup kes khalwat tu macam tu sahaja.

“Saya pun jadi pening bila dengar statement, jawapan yang lari dari topik tiap kali interview. Sudah-sudahlah la tu bagi statement dan tunjuk kemarahan… Lebih baik diam sebab salah sendiri.

“Takkan lah pasangan kekasih dah ber LU LU, MU MU datang set bersama tak buat apa apa? Umpama kucing menolak ikan.

“Bau ikan pun kucing dah tertarik sedangkan di set pun berani bermesra-mesra, inikan pula dah depan mata atau berdua-duaan dalam rumah?” tulisnya.

Sementara itu, Didi mendedahkan abang iparnya itu pernah mempunyai hubungan dengan wanita berstatus isteri orang yang mempunyai tiga orang anak berasal dari Terengganu.

“Bila ada lelaki lain di samping kak long, tahu pula nak melenting. Tapi, masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?

“Tak nak ulas apa-apa ke? Pastu, yang lagi sorang tu. Lepas minta maaf pun, ingat saya tak tahu ke yang awak tetap pergi kat orang-orang dan masih cakap yang ‘Bella perangkap’ ? MUNAFIK.

“Kita ni zaman bila nak perangkap perangkap? Awak tak cukup umur lagi ke atau awak dah gila ke atau kedua-duanya sekali eh?” tulisnya.

Tambah Didi lagi, sepanjang kakaknya berkahwin tidak pernah sekali Bella memburukkan mengenai keluarga abang iparnya itu serta mendakwa keluarga Aliff mengutuk kakak serta keluarganya.

“Tak pernah sekali pun hal buruk tentang mak abang yang pernah keluar dari mulut kakak saya atau keluarga saya. Tapi rupanya mak dan keluarga abang, mengutuk kak long saya termasuk keluarga saya, termasuk tentang saya sekali.

“Padahal semua ni hanya bermula kerana kesalahan abang sendiri (kes khalwat). Sayangnya kak long saya pada abang sampai adik kami dia sanggup ketepikan demi untuk anak-anak dia tak kehilangan seorang bapa,” tulisnya.

×