Pelakon Diana Danielle berkata dia memilih untuk tidak membeli baju raya baru untuk mengelakkan pembaziran.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Diana berkata setiap kali sambut hari raya dia tidak membeli baju baru dan tidak kisah untuk menggayakan baju pemberian orang.
BACA: Farid Kamil Yakin Cinta Diana Danielle Masih Kuat
“Saya tidak akan membazir pada barang yang tidak penting. Bila kita sambut raya, saya tak beli baju baharu dan hanya beli untuk anak-anak.
“Kalau orang bagi, saya pakai sahaja tidak kisah cantik atau tak sebab saya tak beria-ia. Kalau tengok sebelum ini pun, memang saya pakai biasa sahaja,” katanya.
Sementara itu, Diana berkata dia tidak akan menghabiskan wang untuk makan buffet yang dianggap membazir.
“Saya juga tidak pergi makan buffet kecuali memang ada majlis yang melibatkan kerja. Namun, saya tak akan pergi sendiri sebab membazir. Sepatutnya, ramadan kita tak perlu berbelanja pada barang yang kita tak perlu,” katanya.
SUMBER: Kosmo