Pelakon Diana Danielle mendedahkan dia pernah hidup susah ketika kanak-kanak sehingga terpaksa berpindah randah sebanyak 11 kali, tiada rumah dan wang serta terpaksa menumpang rumah orang.
Menerusi podcast bersama Deborah Henry, Diana berkata ketika itu dia berusia 10 hingga 12 tahun dan hidup bersama ibunya yang juga merupakan ibu tunggal.
BACA: Tak Nak Susahkan Anak, Diana Danielle Rancang Masuk Rumah Warga Emas Bila Tua
@debonair_podcast At one point @Diana Danielle was homeless, and it has shaped how she wants to live today
“Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun.
“Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat. Saya cuma bawa beg sandang dan ketika itu berusia sekitar 10 ke 12 tahun. Ibu saya jatuh sakit dan dia kehilangan perniagaannya,” katanya.
Kongsi Diana lagi, ketika itu dia dan ibunya langsung tiada wang sehinggakan mahu membeli sebungkus makanan berharga RM1 pun mereka tidak mampu.
“Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon lebih dengan serius,” katanya.
Dalam pada itu, Diana berkata pengalaman dilaluinya itu mengajar dirinya untuk lebih bersyukur hidup seadanya tanpa mengejar kebendaan.
“Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan.
“Disebabkan itulah saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan yang masyarakat ada terhadap kita,” katanya.
SUMBER: Harian Metro