Diana Danielle Enggan Komen Isu Seksi, Fokus Keluarga

Tidak mahu terus dihurung kontroversi sebelum ini, Diana Danielle turut mengakui bahawa bulan Ramadan yang mulia ini merupakan bulan untuk memperbaiki kekurangan dirinya selain meluangkan masa bersama anak dan keluarga.

BACA: Gambar Seksi Diana Danielle, Pengurusan Tampil Minta Maaf Pada Semua

“Maaf saya tidak akan komen apa-apa mengenai soal itu. Kita tidak akan terus bercakap soal ini. Sebabnya jawapan saya masih tetap sama iaitu tiada komen. Terima kasih kerana memahami keadaan saya,” katanya Utusan Malaysia.

Selain itu, Diana juga berkongsi kegembiraannya dengan kehadiran bulan Ramadan selain mahu menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada dalam melakukan ibadah.

“Ramadan adalah waktu yang baik untuk berehat sebentar dalam masa yang sama juga melakukan ibadah. Melihat kembali kekurangan diri dan memperbetulkannya. Saya percaya bulan ini memang kami sekeluarga akan banyak habiskan masa di rumah sahaja,” katanya lagi. (rtky/s)

×