Perkongsian pelakon Diana Danielle menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video membakar kertas dipercayai surat yang pernah diberikan Farid Kamil kepadanya.
Menerusi video itu turut ditulis kapsyen ringkas Diana berkata surat yang dianggap ‘penipuan’ itu tidak ada di hatinya lagi.
BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Bakal Bercerai Kali Kedua
Sementara itu, dalam satu perkongsian Diana menyifatkan suaminya itu zalim jika mahu memanjangkan proses perceraian mereka.
Menurut Diana lagi, dia nekad untuk bercerai dan tidak mahu lagi berada di bawah tanggungjawab aktor berkenaan serta tidak mahu dipujuk.
Isnin lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya. Diana turut memaklumkan akan memfailkan cerai terhadap suaminya. Sementara itu, Diana berkata kembali rujuk bukan untuk semua orang serta meminta dirinya untuk dilepaskan.