“Diam Lebih Baik Daripada Ulas Rumah Tangga Orang”

Pasangan selebriti Sweet Qismina dan Adam Lee lebih selesa berdiam diri daripada mengulas mengenai isu rumah tangga selebriti lain yang menjadi bualan ramai.

Memetik HibGlam, Sweet berkata dia dan suami tidak mahu masuk campur urusan orang lain dan mahu fokus menjaga rumah tangga sendiri.

BACA: Perkongsian Elfira Loy Buatkan Sweet Qismina Terbuka Hati Pergi Kelas Agama

“Apa-apa sahaja yang berlaku dalam industri sama ada kawan baik atau tidak kami ambil pendirian enggan ulas, kongsi atau sokong mana-mana pihak. Kami lebih selesa untuk berdiam diri.

“Sebagai manusia biasa, kami juga ada aib nak kena jaga dan ada rezeki yang Allah tengah jagakan. Kalau boleh tak mahu rosakkan apa yang kami ada sekarang. Lebih baik fokus kepada rumah tangga sendiri, tak mahu kena tempias,” katanya.

Sementara itu, Adam Lee pula berkata dia juga sependapat dengan isterinya enggan masuk campur serta berpendapat setiap manusia diuji dengan dugaan berbeza.

“Saya rasa diam lebih baik. Macam kami sendiri, saya tak tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Semua itu ketentuan Allah. Kita kena banyak berdoa.

“Nak mengulas lebih-lebih pun, industri seni ini kecil sahaja. Kemudian hari akan jumpa orang yang sama. Jaga aib sendiri dan jadikan semua itu sebagai pengajaran,” katanya.

Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022. Pasangan itu baru saja menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka beberapa hari lalu.

SUMBER: HibGlam

×