Penyanyi popular Allahyarham Jay Jay dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada jam 9.27 malam tadi akibat komplikasi kegagalan organ dalaman.
Memetik Harian Metro, isterinya, Zaitoon Wahid, berkata dia reda dengan pemergian suaminya dan arwah tidak tunjuk tanda-tanda sakit.
BACA: Penyanyi Jay Jay Meninggal Dunia
Menurutnya lagi, suaminya itu pergi dalam keadaan tenang dan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Damansara di hadapan semua ahli keluarga.
“Arwah suami saya mula berhadapan dengan masalah kesihatan membabitkan komplikasi organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
“Apapun, arwah ‘pergi’ dengan tenang selepas apa yang dilaluinya. Dia tidur dan pergi buat selamanya.
“Anak-anak dan adik beradik arwah semuanya ada. Alhamdulillah, kami tengok dia pergi dengan baik dan sebelum itu, arwah pun tidak tunjuk tanda-tanda dia sakit, tapi keadaanya makin teruk selepas hari raya yang lalu,” katanya.
SUMBER: Harian Metro