Rumah tangga pelakon Idzham Ismail berakhir apabila sah bercerai dengan isterinya, Nur Abilah Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.
Memetik Kosmo, Idzham berkata dia tidak akan rujuk semula dengan bekas isteri kerana masing-masing sudah tawar hati.
BACA: Idzham Ismail Sah Cerai, Gagal Kawal Kemarahan Punca Lafaz Talak Terhadap Isteri
“Ya, semuanya sudah selesai pagi tadi, saya tak mahu rujuk dan tawar hati. “Dia pun mungkin tawar hati juga, jadi nak rujuk pun buat apa.
“Benda kecil sahaja sebenarnya, Jadi, tak nak mahu buka aib dan salahkan dia sebab saya juga salah tak boleh didik dia dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Idzham berkata dia sudah berusaha memulihkan rumah tangga mereka sejak Julai lalu namun tidak berhasil.
“Saya ada cuba pujuk dia sejak empat bulan lalu iaitu sekitar Julai untuk kembali berkeluarga. Ketika hari raya lalu, kami okey sahaja dan ada muatkan gambar bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Idzham menafikan dakwaan rumah tangga mereka berakhir disebabkan gangguan orang ketiga dan hanya menyerahkan takdir kepada Tuhan.
“Dalam pengetahuan saya, tiada (orang ketiga). Kalau ada pun hanya Allah yang tahu,” katanya.
SUMBER: Kosmo