Pada 7 November lalu, pelakon Fasha Sandha dan keluarga telah mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama buat cahaya mata kedua mereka, Raysha Jemymya yang cukup meriah.
BACA: Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media
Melalui perkongsian gambar oleh Camora Arts di Instagram, majlis bertemakan warna merah jambu itu berlangsung dengan kehadiran kenalan serta beberapa rakan-rakan artis yang lain.
Sebelum ini, Fasha pernah menyatakan bahawa dia masih belum merancang untuk menambah anak. Melihatkan majlis sambutan hari lahir Jemyma ini, tidak salah kiranya jika kami katakan lebih ramai anak, lebih meriah.
Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar ketika majlis sambutan hari lahir anak kedua Fasha ini bersama anda. Semoga keluarga ini akan terus bahagia dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)