Perkongsian deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar memparkan pelakon Emma Maembong disebelahnya.
Menerusi gambar berkenaan, bukan sahaja Emma, dua lagi rakan baik mereka turut berada dalam foto tersebut serta meluahkan rasa sayang pada mereka.
BACA: Netizen Tanya Mana Emma Maembong, DJ Kidd Jawab ‘Dalam Hati’
Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian DJ Kidd dilihat ada memuat naik video mendukung seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak bongsu Emma iaitu Shakil Aryan Shah.
Terdahulu, timbul dakwaan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay bernama DJ Kidd dan dilihat bercuti bersama-sama di negara seberang.
SUMBER: HibGlam