fbpx

Dato’ Aliff Syukri Mengamuk Dilabel Orang Kaya Bodoh

Sejak siaran program Terlajak Puteh, Nampak? di Astro baru baru ini, dua orang usahawan berjaya dalam dunia kosmetik tempatan menerima pelbagai kritikan ramai tentang keputusan mereka untuk berkongsi gaya hidup dan kemewahan kepada umum.

Namun, satu kritikan yang menimbulkan rasa kurang senang di hati jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri apabila ada yang menggelarkan dirinya sebagai orang kaya bodoh selain membandingkan cara beliau berniaga dengan jutawan Melayu yang lain.

“Kadang kadang tidak semua benda yang kita lakukan orang faham dan itu konsep program TV tidak eprlu menghukum kami bodoh. Kalau awak bijak sangat, tampilkan diri. Tidak perlu buat kenyataan begini,” tulis Dato’ Aliff Syukri di Instagram.

#01 Dato' Aliff Syukri Mengamuk Dilabel Orang Kaya Bodoh - ROTIKAYA

Ramai yang meninggalkan komen memberi sokongan kepada Dato’ Aliff Syukri dan meminta beliau tidak mengendahkan kata kata orang yang lantang mengkritik. Tidak salah rasanya untuk orang berjaya kongsi cerita kejayaan sebagai inspirasi bersama kan? (rtky/m)