Hari ini kami sempat berkunjung ke pusat membeli belah 1 Utama (Ground Floor, Centre Court) di Bandar Utama dan terserempak dengan Watsons Syok Sale Carnival yang khabarnya sedang berlangsung dari 6 sehingga 10 September 2017 ini.
Selaku salah seorang pemegang Watsons Card, setibanya kami di sini kami terus diberikan baucer RM50* untuk terus membeli belah tanpa banyak bicara. Jika anda pemegang ONE Card juga, anda akan terima baucer dalam jumlah yang sama.
Tidak miliki mana mana kad yang kami sebutkan? Jangan risau, anda boleh daftar terus untuk dapatkan Watsons Card dan anda akan terima terus baucer bernilai RM20** selain 500 mata ganjaran** Watsons.
Watsons Card menariknya tawarkan keahlian seumur hidup dan boleh digunakan sebagai kad Touch N Go.
Dengan baucer yang ada, kami pun meninjau produk yang ditawarkan di Watsons Syok Sale Carnival ini. Banyak jenama terkenal turut serta dalam karnival ini membawa produk terbaik mereka dengan harga paling menarik.
Antara jenama kegemaran kami yang ada termasuklah Pink by Pure Beauty, Water 360 by Watsons, Darlie, Dettol, Cetaphil, Himalaya, Bad Lab, Biore, Ebene, Optifree, Revlon, Maybelline, Loreal, Bio Essence, Kleenex dan banyak lagi.
Bukan setakat tawaran produk pada harga yang mesra poket, ada juga pek ahli termasuk baucer Watsons bernilai RM300. Ada juga aktiviti di mana anda hanya perlu tunjukkan Watsons Card untuk permainan Throw and Win dan menang hadiah hebat!
Mahukan sesuatu yang manis? Hanya tunjuk Watsons Card dan anda akan terima cotton candy secara PERCUMA!
Jangan berlengah kerana Watsons Syok Sale Carnival akan tamat pada 10 September 2017. Datang ke GF Center Court, 1 Utama sekarang untuk penjimatan hebat. SYOK! Pasti tidak menyesal!
*Hanya untuk 100 orang yang pertama. Tertakluk terma & syarat.
**Tertakluk pada terma & syarat.