Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Aman Graseka yang dikatakan meminta sumbangan daripada rakan artis.

Susulan itu, pelakon Ellie Suriaty tampil membuka mulut meminta isteri kepada pelakon veteran itu perlu membenarkan Aman untuk terus berlakon kerana itu mata pencariannya.

BACA: Ellie Suriaty Dedah Isteri Tak Bagi Aman Graseka Berlakon

Menerusi Melodi, Ellie berkata dia tiada niat untuk membuka aib rakan artisnya itu namun mahu mendedahkan situasi sebenar serta pertahankan penyampai radio, Sharifah Shahirah yang dikecam selepas memuat naik perkongsian mahu membantu Aman.

Sementara itu, Ellie berkata tidak wajar apabila Aman dituduh sebagai bapa dan suami tidak bertanggungjawab kerana meminta bantuan.

@melodiberapi

“Saya ingin menyatakan yang hubungi kami itu adalah isteri dia, bukan Aman Graseka” – Pelakon Ellie Suriati Omar memberi penjelasan mengenai isu pelakon Aman Graseka meminta bantuan kepada penyampai radio Sharifah Shahirah serta beberapa artis yang lain. #meloditv3 #fyp??viral #ceritaartismalaysia #fyp??viral #elliesuriaty #amangraseka

? original sound – Melodi – Melodi tv3

“Saya bersuara bila tengok kenyataan Shiera dihentam teruk. Kita tahu perkara sebenar. Ini bukan berkenaan masuk campur tetapi bila kita tahu kedua-dua perkara, kita mesti cakap sesuatu yang benar.

“Shiera adalah seorang yang sangat pemurah dan dia memang suka tolong kawan-kawan. Apabila netizen mula mengutuk Aman Graseka mengatakan seorang suami tak bertanggungjawab, bapa tak bertanggungjawab, tak manis la.

“Sebab itu saya cakap yang hubungi kami (rakan industri) adalah isteri dia, bukan Aman Graseka. Apabila kita dituduh menolong tetapi mengabaikan, perkara itu tak benar. 

“Kita bukan menolong, lepas itu nak mengungkit atau memalukan orang. Isunya di sini bila kita dihubungi tetapi apabila hubungi semula tak diangkat. Bukan Aman Graseka yang hubungi tetapi isteri dia!,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie turut menitipkan nasihat kepada Aman agar tidak membawa isterinya ke set penggambaran supaya dapat bekerja denan aman.

“Itu adalah punca pendapatan dan punca rezeki dia. Isteri dia harus istiqamah untuk dia bekerja dengan aman sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.,” katanya.

Tambah Ellie lagi, dia turut memohon maaf kepada Aman serta menekankan bahawa rumah tangga seharusnya diketuai oleh suami dan bukan tugas isteri untuk mengarah hingga menuju ke arah keburukan.

“Jadi dalam sebuah perkahwinan, isteri tak boleh jadi imam. Di mana dia ada suami, dia harus ikut imam dia. Bukan dia yang mencatur sampai perkara jadi entah apa-apa. Saya harap Aman Graseka lead the wife, bukan wife lead him,” katanya.

×