Dalam satu temu bual baru-baru ini, luahan hati pelakon Fattah Amin buat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya mengundang sebak di kalangan netizen.

Menerusi temu bual itu, Fattah berkata dia tidak mahu perceraian dengan bekas isterinya, Nur Fazura berlaku dan dia sangat sayangkan anaknya itu sejak dari lahir sehingga kini.

BACA: Amira Minta Maaf Kalau Ada Yang Meluat Tengok Selalu Bersama Fattah Amin

@mimpi_syakilla

Dari Fattah Amin buat Nur Fatima Aisya Hingga Janna Nick menitiskan air mata. Ya Rabb, jagalah hubungan ayah dan anak ini. Tonton Video Penuh Di Aplikasi Tonton. Melodi Up-Close with Fattah Amin

? original sound – Syakila Dream – Syakila Dream

Menurut Fattah lagi, meskipun dia tidak lagi tinggal bersama Fatima namun dia menyimpan segala memori ketika mereka bersama sekeluarga di dalam telefon.

“Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi. Apabila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Fattah juga berharap Fatima tidak melupakan dirinya dan dia sentiasa berusaha untuk meluangkan masa bersama anaknya itu serta mahukan Fatima menyayangi kedua ibu bapanya.

“Daddy nak bawa Fatima jalan-jalan. Nak bagi Fatima happy, kita pergi playground kita pergi beli toys. 

“Kalau boleh daddy nak buat semua tu tapi.. bukan sebab daddy sibuk. Bila Fatima dah besar, Fatima akan faham keadaan sebenarnya,” katanya.

×