Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa simpati terhadap mereka yang berdepan masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga.
Menerusi satu siaran langsung yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Bella berkata jika ada pasangan jangan buat sesuatu yang tidak baik secara senyap.
BACA: “Saya Suka Lelaki Pakai Kemas, Macam Pakai Suit” – Bella Astillah
@red.butterfly17 Baik jujur je kan…drpd nak CURANG..kne sembunyi2…? ..betul la apa bella & aus katakan tu.. @Bella Astillah #Bass #bellaastillah #syedsaddiq #aus #fyp??
Kata Bella lagi, berlaku curang itu adalah pilihan dan jika tidak boleh teruskan hubungan lebih baik berlaku jujur dengan pasangan.
“Sekarang ini kita lihat ramai sangat orang tersakiti di media sosial, tak kisah suami ataupun isteri. Sebenarnya sangat sedih dan kita simpati. Kita hanya mendoakan kehidupan masing-masing.
“Curang adalah pilihan bukan takdir. Kalau kita ada pasangan, jangan lah buat sesuatu yang tak baik itu secara senyap.
“Bagitahu saja pada pasangan kalau dah tak boleh nak teruskan hubungan itu. Lebih baik jujur. Saya seorang yang sangat sukakan kejujuran,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Bella itu serta ramai yang mendoakan pelakon itu bertemu kebahagiaan selepas berdepan ujian rumah tangga sebelum ini.