Baru-baru ini perkongsian pelakon Fadlan Hazim yang memuat naik video mencukur jambangnya sekaligus membuat kejutan buat isterinya, Aiya Mukhamedsalov menjadi perhatian netizen.

Mana tidaknya, kelihatan dalam video itu isterinya tidak mahu memandang suaminya slepeas mencukur jambang dan misai membuatkan netizen terhibur.

BACA: Fadlan Hazim Sah Bergelar Suami Kepada Wanita Kazakhstan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fadlan Hazim (@fadlanhazim)

Memetik mStar Online, Fadlan berkata disebabkan dia membang jambang isterinya tidak mahu melihat wajahnya selama dua hari serta tidak dibenarkan mencium pipi isteri.

Lebih mencuit hati, Fadlan berkata isterinya sukakan imejnya yang berjambang sehingga tidur pun menghadap ke posisi dinding kerana imej ‘cleanshave’ itu.

“Dia memang suka tengok muka saya berjambang ini. Jadi, apabila saya cukur, dia geli. Malah, dia tidak pandang muka saya selama dua hati. Mahu cium pipi dia pun tidak boleh, kami tidur pun menghadap ke dinding.

“Disebabkan itu, saya jadi fobia untuk cukur jambang dan misai saya. Kalau nak buat juga, pastikan kena beritahu dia dan diterima,” katanya.

Untuk rekod, Fadlan dan Aiya merupakan wanita Kazakhstan mendirikan rumah tangga pada Julai 2023.

SUMBER: mStar Online

×