Christy Ng Sediakan Surau Selesa Buat Staf Beragama Islam

Pengasas jenama kasut dan beg popular, Christy Ng menjadi perhatian ramai apabila menyediakan surau selesa buat staf yang beragama Islam.

Menerusi perkongsian di TikTok, Christy berkata dia memahami ruangan solat yang selesa diperlukan untuk pekerjanya melakukan ibadah.

BACA: Miliki Set Edisi Terhad Christy Ng dan Pestle & Mortar Clothing Bila Beli OPPO Reno4 Pro Galactic Blue!

Namun, apa yang menjadi perhatian Christy bukan saja menyediakan ruangan solat yang selesa dan besar malah dihias dengan cantik.

@christyemilylove

Solat jangan tak solat

? original sound – Christy Ng ? – Christy Ng ?

“Surau yang kita nanti-nantikan sudah pun siap. Saya mengambil masa yang sedikit lama untuk siapkan surau ini sebab nak berikan yang terbaik. Ruang ini dulu adalah bilik kosong yang terbiar. Tengoklah bilik ini, agak teruk juga keadaan dia.

“Jadi, saya fikir nak buat bilik ini sebagai surau untuk bagi keselesaan dan ketenangan buat staf. Baru lah solat jadi lebih khusyuk kan?” katanya.

Menurut Christy dia tidak sampai hati melihat sebelum ini pekerjanya menunaikan solat di satu bilik namun perlu menunggu giliran dan berhimpit apatah lagi pekerja semakin bertambah.

“Sebelum ini, semua staf solat di dalam sebuah bilik kosong ini tapi bilik ini menjadi lebih sempit apabila saya mempunyai pertambahan staf.

“Sampaikan ada yang kena tunggu giliran untuk solat. Saya juga tak sampai hati tengok mereka berhimpit,” katanya.

Dalam pada itu, Christy berharap agar inisiatifnya itu dapat membantu syarikatnya menjadi lebih diberkati dan meluahkan rasa lega apabila sudah menjalankan tanggungjawab sebagai majikan.

“Bila surau pun dah siap, jadi tak salah untuk minta mereka doakan agar syarikat ini sentiasa diberkati dan dirahmati. Biar kita semua berada di bawah lindungan-Nya.

“Kewajipan saya sebagai seorang majikan sudah pun ditunaikan, kini tinggal kewajipan masing-masing pula. Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja ya,” katanya.

×