Che Ta Dah Bayar Hutang Mara RM550,000

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sudah pun membayar bayaran tertunggak pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM550,000 pada Jumaat lalu.

Memetik BH Online, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MARA berjaya mendapat sebahagian bayaran tertunggak manakala baki hutang perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum penghujung Mac.

BACA: Che Ta Dah Bayar Hutang Mara, Aaisyah Sedih Orang Mengata Ibunya

“Sudah saya tegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan.

“Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, rumah Che Ta diserbu pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

SUMBER: BH Online

×