fbpx

Cepat Lembut & Cair Macam Ais, Neelofa Kongsi Cara Pujuk Suami 

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam rumah tangga pasti akan ada berlaku pertengkaran adakalanya disebabkan perkara remeh.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok, selebriti popular, Neelofa ada berkongsikan cara untuk memujuk suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.

BACA: “Kalau Dapat Orang Yang Betul, Ameera Boleh Jadi Isteri Yang Baik” – Neelofa

@harisneelofa

Siapa je tak cair kalau macam tu ? tapi yeke pak ustaz tak pernah merajuk ke malu nak mengaku ??? #nunha #neelofaharis

? original sound – Nunha – ? ??

“Kalau Ustaz merajuk, nak pujuk dia macam mana… senang je kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit, cakap minta maaf sayang. Sorry tadi… gelak-gelak sikit. Pastu manja-manjalah sikit, senang yang dia cepat sangat lembut. Dia macam ais, cair terus,” katanya.

Lebih menghiburkan, PU Riz muncul di akhir video itu serta mengatakan dia bukan merajuk sebaliknya hanya mahu mendidik.

“Saya mana pernah merajuk. Kita orang lelaki mana merajuk dekat rumah. Kita cuma mendidik,” katanya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.