Nampaknya baru-baru ini, siaran langsung Syed Saddiq bersama Bella Astillah sekali lagi menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi dengan jawapan spontan dari Ahli Parlimen Muar itu.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguan TikTok, Bella dilihat ada bertanyakan soalan kepada Syed Saddiq bagaimana cara ahli parlimen itu mengatasi tekanan dalam kehidupan.
BACA: “Walaupun Baru Sementara Kenal Bella, Tapi Rasa Macam Selamanya” – Syed Saddiq
Jawapan diberikan Syed Saddiq ternyata menjadi perhatian apabila secara berseloroh mengatakan duduk di sebelah Bella boleh menghilangkan stres.
@cik.dotty Credit live: Bella Astillah #bellaastilah #syedsaddiq #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #fyp? #artismalaysia #trending #videoviral #videoviral #masukberanda #fypviral #tiktokmalaysia?? #BASS
Kemudian, Syed Saddiq berkongsikancara dia menghilangkan stres adalah dengan bersukan, bersenam dan membaca.
“Duduk tepi Bella. Tak lah, semua ada cara masing-masing. Macam saya, bersukan adalah salah satu cara saya hilangkan stres.
“Bukan satu sukan je, tapi macam-macam. Saya akan bersenam selepas subuh dan membaca salah satu cara saya,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan diberikan Syed Saddiq serta bersetuju dengan kenyataannya itu duduk di tepi Bella untuk hilangkan stres.