“Bukan Hamil, Perut Berisi Tomyam, Ikan Stim Limau”

Selebriti popular, Noor Neelofa menafikan dirinya kini sedang berbadan dua seperti didakwa seorang netizen di media sosial.

Menerusi ruangan komen, Neelofa membalas komen individu berkenaan mengatakan badannya kelihatn berisi bukan kerana hamil tetapi gemar menikmati makanan Thailand.

BACA: “Neelofa Belum Hamil Lagi, Dia Bahagia Membesarkan Dua Anaknya Sekarang”

Bukan pertama kali dipertakakan, sejak Ogos lalu hangat  mengenai spekulasi dan dakwaan selebriti popular itu sedang hamil cahaya mata ketiga.

Bagaimanapun, sumber memberitahu khabar angin berkenaan adalah tidak benar dan foto yang menampakkan Neelofa seloah mempunyai baby bump mungkin disebabkan pakaiannya yang labuh dan longgar.

“Neelofa belum hamil lagi. Dia bahagia membesarkan dua anaknya sekarang ini. Doakan semoga dia dikurniakan rezeki menambah cahaya mata,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×