Pelakon Rita Rudaini berkata dia tidak bersetuju dengan keputusan untuk meneruskan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Menurut Rita lagi, keputusan itu tidak relevan dan berpendapat bahawa tahap pelajar zaman sekarang semakin merosot dan kurang berkualiti.

BACA: Raih CGPA 3.84, Anak Rita Rudaini Dapat Anugerah Pengetua MRSM

“UPSR, PT3 tiada? Bagi sifir, bendera-bendera negeri dan tanya mengenai negeri pasti tak tahu jawab. Silibus mengarut, sekolah rendah pun dah macam pelajar kolej. 

“Budak-budak sekarang makin menjadi pemalas dan tiada kualiti. Kena ambil tuisyen, tambah balik ilmu bagi celik. Bukannya murah,” katanya.

Sementara itu, Rita berkata guru dan ibu bapa akan berdepan tekanan apabila saling menunding jari berikutan pelajar menunjukkan kelemahan dalam pembelajaran.

“Bila anak-anak lemah, ibu bapa salahkan cikgu dan cikgu salahkan ibu bapa pula, Hujung-hujung, ibu bapa dan cikgu-cikgu yang stres. Merepek sangat. Nasib baik zaman saya dulu belajar pun seronok tiada stres. Tidur pun senyum,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak akan berpatah balik dalam keputusan pemansuhan UPSR dan PT3.

×