Bront Palarae Dinobat Pelakon Pembantu Terbaik Di Anugerah Thailand

Tahniah diucapkan buat pelakon Bront Palarae apabila dinobatkan sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 di Thailand.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Bront di Instagram miliknya. Bront memenangi anugerah menerusi filem seram Thailand iaitu The Cursed Land.

BACA: Bront Palarae Kritik Ahli Politik Rakus, Tak Sedar Diri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bront Palarae (@bront_palarae)

Menerusi hantaran di Instagram, Bront meluahkan rasa syukur dan bangga serta menzahirkan ucapan terima kasih buat pasukan filem berkenaan. 

“Alhamdulillah! Berlakon dalam filem Thailand terasa seperti mimpi yang jauh. Dan kini, pengiktirafan ini sangat gila.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan The Cursed Land dari lubuk hati saya. Kerja keras anda menjadikan ini sangat bermakna,” tulisnya.

Dalam pada itu, Bront turut berharap industri perfileman Thailand dapat mengangkat cerita mengenai masyarakat Melayu terutama di wilayah Selatan negara berkenaan.

×