Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad memuat naik video meluahkan rasa bosan dengan isu penyondol dan curang dalam rumah tangga yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Lebih menarik, Uyaina meluahkan rasa kesalnya itu mengunakan bahasa ‘F’ sekaligus menjadi perhatian ramai.
BACA: Uyaina Arshad Dapat Wang Tunai Daripada Raja Permaisuri Agong
View this post on Instagram
Menerusi video dimuat naik di Instagram, Uyaina turut tertanya bilakah isu tersebut akan berkesudahan. Malah, Uyaina turut mempersoalkan setiap kali membuka media sosial tidak habis dengan cerita yang sama.
“Dah bosan sangat dengan berita yang sama. Asyik-asyik cerita pasal penyondol. Asyik-asyik cerita pasal curang. Asyik-asyik cerita pasal rumah tangga orang. Bila nak habis ni? Ha?
“Berapa ratus episod ni? Haaaa.. Pelik aku la. Buka instagram cerita yang sama. Buka tiktok cerita yang sama. Buka X pun cerita yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Uyaina turut berseloroh mengatakan lebih baik jika membuka kandungan berkaitan agama daripada cerita kontroversi berkenaan curang.
“Tahun bila nak habis ni? Haishhh.. Penat la. Dah la. Baik buka content baca Quran. Lebih bagus. Kan? Okay lah. Bye,” tulisnya.
Perkongsian Uyaina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen teruja melihat pengacara itu lancar berbasaha ‘F’ serta menyokong kenyataannya itu.