Pelakon Ikmal Amry meminta netizen supaya tidak mengecam rakan-rakannya dalam kelab sukan Challo yang kerap kali menayang badan setiap kali beriadah.
Memetik Harian Metro, Ikmal mengakui tindakan ‘menayang’ badan kepada umum adalah salah, namun rakan-rakannya itu sekadar ingin berkongsi pencapaian selepas berjaya mendapatkan bentuk badan ideal.
BACA: “Tiada Siapa Paksa Anda Tonton, Tak Suka Tak Perlu Tengok” – Ikmal Amry
“Saya tak menghalalkan yang haram. Salah tetap salah. Biasalah, kalau ada badan yang cantik, mesti rasa nak tunjuk. Perasaan membuak mahu tunjuk itu ada. Dulu, sewaktu saya berusia 24 tahun pun, ada badan cantik dan tunjuk di Instagram setiap hari.
“Bagi saya, memiliki badan yang cantik adalah satu pencapaian. Buat badan sangat susah, perlu disiplin yang tinggi termasuk jaga pemakanan serta memakan masa.
“Sebelum badan mereka tak siap, pernah nampak mereka tunjuk? Tidak. Tapi, mereka bekerja keras untuk dapatkan badan sedemikian dan mahu menghargai usaha mereka sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, Ikmal berkata dia tidak menghalalkan sesuatu yang salah terutamanya di sisi agama apatah lagi berkenaan tentang aurat.
“Kalau sentuh mengenai tunjuk aurat, itu memang saya sendiri pun nak menidakkan sesuatu yang salah dalam agama,” katanya.
SUMBER: Harian Metro