Penyanyi Nadeera Zaini menjadi perhatian ramai apabila tanpa sengaja mengangkat jari tengah ketika membuat persembahan sekaligug menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Memetik mStar Online, Nadeera memohon maaf di atas keterlanjurannya itu dan ianya tidak sengajakan kerana mahu menahan veil dari wajahnya.

BACA: JAIS Sahkan Artis Ditangkap Khalwat Tapi Bukan Nadeera

“Saya betul-betul tak sengaja, sebenarnya jari saya nak menahan veil dari muka. Jadi saya pegang mikrofon itu tak perasan jari tengah saya terangkat, sepatutnya saya angkat jadi telunjuk.

“Tapi kepala masa itu sudah fokus kepada lagu. Saya minta maaflah yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Nadeera berkata dia memilih untuk tidak membaca komen di media sosial bagi menjaga emosinya serta mengakui dirinya seorang yang mudah ‘sentap’ apabila membaca komen negatif netizen.

“Saya dilarang oleh pengurus dan pasukan saya daripada membaca komen kerana saya mudah beremosi, sangat rapuh dan cepat tersentap,” katanya.

Dalam pada itu, Nadeera berkata dia tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan netizen mengenai diriya kerana dia hanya ingin mencari rezeki halal sebagai penyanyi.

“Tak kisahlah orang nak cakap apa, saya hanya mencari rezeki halal. Kita tak boleh paksa orang suka dengan kita, jadi saya hanya beri yang terbaik pada karya saya,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×