Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan.
Perkara ini terlalu jelas apabila ada orang perasan jika sesebuah tempat makan itu dikunjungi oleh semua lapisan kaum di Malaysia, makanan di tempat itu mesti sedap tanpa sebarang keraguan.
Nak tahu kedai makan tu betul sedap ke tak, tengok je kalau semua bangsa ada situ, confirm sedap.
— brgsjks (@brgsjks) September 16, 2024
Jadi, kami berbangga sebenarnya untuk senaraikan tempat makan di seluruh Malaysia yang sering dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat yang membuktikan kita disatukan oleh makanan yang sedap. Ayuh!
1. Restoran New Hollywood
Siapa tidak kenal dengan restoran yang sangat popular di Ipoh, Perak ini. Menjadi tumpuan ramai setiap hari, menu seperti chilli pan mee, wantan mee dan dim sum menjadi hidangan pilihan.
Kalau ke Ipoh jangan lupa singgah, boleh terasa semangat satu bangsa satu Malaysia di sini.
Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 7 pagi hingga 6 petang.
2. Penang Road Famous Teochew Chendul
Telah wujud sejak 1936, gerai cendol paling popular di Pulau Pinang ini sudah mempunyai banyak cawangan lain di seluruh Malaysia tetapi gerai asal masih kekal menjadi tumpuan ramai setiap hari.
Jika penat berjalan di sekitar George Town di tengan panas, semangkuk cendol pulut dari gerai ini mampu berikan ketenangan sebelum meneruskan perjalanan.
Alamat: 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10100 George Town, Penang.
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat: 10.30am – 7pm. Sabtu dan Ahad: 10am – 7.30pm.
3. Restoran Subang Ria
Antara kopitiam paling mesra semua kaum di Malaysia, Restoran Subang Ria sering menjadi tumpuan semua lapisan kaum kerana kepelbagaian makanan yang disajikan.
Chilli Pan Mee, Nasi Ayam, Yong Tau Foo dan Char Kuey Teow antara makanan kegemaran ramai di sini kerana rasa yang sedap selain harga yang sangat berpatutan — semua sekitar atau bawah RM10. Win!
Alamat: 2, Jalan SS 5a/9, SS5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin hingga Ahad 8 pagi hingga 4 petang.
4. Nasi Lemak Hjh Sawyah
Nampak dari luar gerai ini nampak biasa namun menurut warga tempatan di Nilai, Nasi Lemak Hjh Sawyah memang menyajikan nasi lemak paling sedap dan berbaloi untuk dinikmati setiap hari.
Bukan itu sahaja, pelanggan gerai yang murah dan ringkas ini terdiri dari pelbagai lapisan kaum yang duduk di sekitar Nilai dan tidak kurang juga yang datang dari jauh.
Alamat: 7511, Persiaran Utama, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat 6 petang hingga 10 malam.
5. Deens Maju Nasi Kandar
Kehebatan Deens Maju Nasi Kandar dalam menyatukan kita rakyat Malaysia memang tidak dinafikan lagi, sebut sahaja nama restoran ini pasti setiap lapisan masyarakat pernah mencuba lauk pauk mereka yang memang membuka selera.
Cukup dengan ayam goreng dan kuah campur, memang terduduk kekenyangan. Cuma kena bertabah sikit untuk beratur kerana tempat ini memang lit!
Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis 12 tengahari hingga 10 malam.
6. Café Mesra
Tidak sah road trip untuk mencari restoran paling satu Malaysia kalau tidak singgah untuk berehat di stesen Petronas di seluruh Malaysia. Kalau dah sampai, mestilah singgah ke Café Mesra untuk snek dan minuman sepanjang perjalanan.
Korang jangan tak tahu, Café Mesra ada menyediakan pelbagai snek, kuih dan makanan tempatan (seperti nasi lemak & nasi dagang) yang memang menjadi pilihan setiap lapisan kaum di Malaysia. Korang cubalah, memang on!
Alamat: Seluruh Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari bermula 6.30 pagi hingga 10.30 malam
7. Masakan Sedap Restaurant
Walaupun diusahakan oleh seorang yang berbangsa Cina, semangat satu Malaysia memang terserlah apabila Restoran Masakan Sedap ini sering menjadi tumpuan ramai termasuk mereka yang beragama Islam.
Menyajikan sajian laut dengan harga berpatutan, pilihan seperti Claypot Fish Head, Siput Tarik dan Ikan Kukus kekal menjadi menu yang sering dipesan pelanggan.
Alamat: 1, Jln Lintas, Kolam Centre, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 2.30 petang & 5 petang hingga 10 malam
8. Sepinang Sari Café & Restaurant
Sebut sahaja mee kolok memang boleh buat semua lapisan masyarakat terliur dengan hidangan ikonik dari Sarawak ini dan mana lagi tempat terbaik selain Sepinang Cari Cafe & Restaurant yang terletak di Kuching, Sarawak ini.
Menyajikan menu ikonik seperti Mi Kolok Daging, Mi Kolok Ayam dan Mi Kolok Special Tendon, tempat makan yang sudah beroperasi sejak 1996 ini juga pernah menjadi persinggahan pembesar negara.
Alamat: Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari bermula 5.30 pagi hingga 1 petang