Berdepan Hutang RM4.65 Juta, Fazura Tenang Live Jual Tudung & Sold Out

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai dakwaan syarikat pelakon terkenal, Nur Fazura berhutang dengan sebuah syarikat bernilai RM4.65 juta.

Malah syarikat pembekal tudung berkenaan iaitu Obor Holding mendakwa mereka berdepan kesukaran untuk mengutip bayaran sejak Disember 2023.

BACA: Kilang Tudung Dakwa Syarikat Tudung Fazura Berhutang RM4.65 Juta

Meskipun hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan, sehingga kini tiada lagi kenyataan daripada Fazura.

Malah, Fazura dilihat meneruskan kehidupan seperti biasa dan ada membuat siarang langsung menjual tudung sempena Hari Guru dan jualannya sold out.

Apa pun diharap kedua-dua pihak dapat selesaikan isu berkenaan apatah lagi pihak Obor Holding sudah bertindak memfailkan tuntutan saman terhadap syarikat milik Fazura.

SUMBER: Astro Gempak

×