Bercuti Di Luar Negara, Isteri Nabil Ahmad Tanggal Tudung?

Nama isteri kepada pelawak Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjadi bualan apabila tular tangkapan skrin memaparkan wanita itu tidak mengenakan tudung dipercayai di muat naik di Insta Story.

Menerusi gambar berkenaan, Zira dilihat sedang menikmati minuman dan memperlihatkan rambut isteri pelawak itu yang panjang sehingga paras dada berwarna keperangan.

BACA: Usia Kandungan 3 Bulan, Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat

Difahamkan, Zira dan Nabil ketika ini sedang berada di luar negara. Bagaimanapun, hantaran tersebut dipercayai telah dipadamkan dan setakat ini tiada penjelasan lanjut mengenai perkongsian berkenaan.

Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila puteri sulungnya, Naira Mikayla, sudah memilih untuk bertudung. Nabil mengakui bahawa keputusan anaknya itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan, menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.

×