Seringkali berkongsi gambar di samping suami tercinta iaitu Syamsul Yusof, Puteri Sarah melalui Harian Metro berkongsi rahsia bagaimana mereka melalui hari-hari indah seperti baru mula-mula bercinta.
BACA: Syamsul Yusof & Puteri Sarah Tunai Umrah Buat Kali Ketiga
“Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin. Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej”
“Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta,” katanya. Selain itu, percutian bersama juga turut menjadi pengikat kepada perhubungan yang lebih erat lagi.
“Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Selain itu, setiap tarikh penting ‘dalam hidup kami perlu diraikan'”
“Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima. Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya,” katanya.
Tambah Sarah, dia bersama keluarga Syamsul termasuk adik iparnya, Syafiq akan bercuti ke London pada hujung tahun ini malah percutian tersebut turut akan menjadi percutian keluarga. Semoga Sarah dan juga Syamsul akan terus dilimpahi bahagia dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)