fbpx

Berat Susut Melampau, Hanez Suraya Bimbang

Gara-gara berat badannya susut melampau, pelakon Hanez Suraya menjelaskan bahawa dia pernah mengalami tekanan akibar perkara tersebut. Menurut Hanez, berat badannya berterusan merosot selepas melahirkan anak sulung, Putri Aleesya.

BACA: Hanez Suraya Bengang Nama Diguna Jual Lesen Terbang

“Ramai yang mengambil berat apabila bertanya mengapa saya begitu kurus. Berat badan saya kini di bawah 50 kilogram. Saya tidak melakukan apa-apa rawatan pelangsingan badan, tidak juga mengambil ubat kurus, malah jarang bersenam”

“Ia mula menurun selepas selesai tempoh berpantang. Pada mulanya, saya sangka itu perkara biasa tetapi apabila berat semakin merosot, saya mula resah,” jelasnya kepada BH Online selain turut menyatakan bahawa pakaiannya kini turut semakin longgar.

Pelbagai usaha juga telah dilakukan oleh Hanez bagi menaikkan berat badan namun sehingga kini masih belum berhasil. Bagaimanapun pelakon wanita ini tetap bersyukur kerana tidak berdepan sebarang masalah kesihatan. (rtky/s)