Berat Badan Turun 30 Kg, Enot Hanya Makan Telur & Keropok Lekor

Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram, pelakon dan pelawak Enot dilihat semakin kurus sejak awal tahun ini.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 47 tahun itu berkata dia tidak mengambil nasi langsung dalam diet hariannya dan hanya makan telur atau keropok lekor.

BACA: Enot Berjaya Turun Berat Badan 35 Kilogram Dalam Masa setahun

Saya memang tak suka makan nasi dan tak kisah langsung kalau tak makan. Diet saya sangat mudah, cuma makan telur enam hingga lapan biji sehari.

“Selain tu saya ambil lauk macam ikan bakar dan ikan rebus. Kalau rasa dah muak, saya akan makan keropok lekor atau keropok ikan. itu pun dah cukup buat saya kenyang seharian,” katanya.

Menurut Enot, dia nekad untuk menurunkan berat badan selepas berdepan masalah kesihatan serius termasuk slip disc dan lutut retak akibat terjatuh dalam bilik air dua tahun lalu.

Malah, doktor turut memberitahu jika tidak menjaga berat badan dia berkemungkinan boleh lumpuh. 

“Masa tu saya jatuh bilik air, lutut retak dan patah. Lepas tu tulang belakang slip disc sampai langgar saraf. Doktor cakap kalau tak jaga berat badan, saya boleh lumpuh,” ujarnya.

Sumber: mStar Online

×