Pelawak Shuib berkongsikan dia bersama isteri, Watie Hanifiah dan ketiga orang anak berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuib memohon maaf diatas segala kesalahan dan kekhilafan yang pernah dilakukan.
BACA: “Kau Jual Madu Kau Diam-Diam” – Shuib Digelar Artis Tak Bijak, Level Mat Rempit
“Salam semua, saya mohon maaf kepada semua jika ada kekhilafan sepanjang perkenalan kita. Saya hanya manusia biasa yang tak terlepas dari dosa,” tulisnya.
Menerusi perkongsian, bapa kepada empat orang anak turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar segala urusannya mengerjakan umrah dipermudahkan.
“Doakan perjalanan umrah kami sekeluarga dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrur. Semoga kalian juga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” tulisnya.