Umum mengetahui, pelakon Elisya Sandha baru saja melahirkan cahaya mata kedua, bayi lelaki yang diberi nama Bahtera Elhaq pada Sabtu lalu.
Perkongsian ibu mentuanya yang juga pelakon Sheila Rusly menjadi perhatian apabila memuat naik video menyediakan makanan berpantang buat menantunya itu.
BACA: “Kalau Nak Anak Kita Happy, Kenapa Nak Bermusuh Dengan Menantu?” -Sheila Rusly
@sheilarusly Bila anak menantu @elisyasandhaofficial cakap “Nak Berpantang Rumah Mama” Gigih sis plan menu dengan @bibikexpresshq #airtangansr #menuberpantang #instafood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah
Menerusi hantaran itu, Sheila turut gembira apabila menantunya yang mahu menjalani proses berpantang di rumahnya dan teruja utnuk merancang menu berpantang buat Elisya.
“Bila anak menantu Elisya Sandha cakap ‘nak berpantang rumah mama’, gigih sis rancang menu,” tulisnya.
Dalam video dikongsikan, Elisya dilihat berselera menikmati hidangan yang disediakan dan memeluk ibu mentuanya sebagai tanda terim kasih.
Diruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat layanan Shiela buat menantunya serta menggelarkan penerbit itu ‘ibu mentua dari syurga’.
Malah, ada yang mengatakan mereka juga tidak kisah untuk melahirkan zuriat yang ramai jika dikurniakan ibu mentua yang baik seperti Sheila serta menyifatkan Elisya menantu yang bertuah.
Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga Elhaq kini berusia tiga tahun.