Belum Dikurniakan Zuriat, Hannah Delisha Reda Dengan Ketentuan Allah

Pelakon Hannah Delisha reda serta percaya dengan ketentuan Allah belum lagi dikurniakan zuriat selepas mengalami keguguran pada Mac lalu.

Memetik Harian Metro, Hannah berkata dia ingat dengan pesanan ibunya supaya percaya serta menerima ketentuan Allah berkenaan soal zuriat.

BACA: “Redza Nak Pegang Bahu Saya Pun, Dia Minta Izin” – Hannah Delisha

“Saya percaya bila sampai masanya dan pada waktu yang tepat, kalau Allah nak bagi, dia akan bagi (anak),” Tapi silapnya, saya tak betul-betul ‘plan’ (rancang) kerana saya tak percaya pada ‘family planning’ (merancang keluarga) sebelum ini.

“Bagi saya, tiada gunanya jika kita merancang keluarga tapi tiada rezeki nak dapat anak pun? Selepas mengalami keguguran sebelum ini, ibu saya menasihatkan untuk percaya dengan takdir Tuhan di mana kalau Allah nak bagi dia akan bagi pada waktu yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Hannah berkata dia pada awalnya merancang untuk memiliki cahaya mata sebelum usia mencecah 30 tahun namun dia sedar bahawa Allah menentukan segalanya.

“Saya sedar kita hanya boleh rancang, tapi Allah yang tentukan. Jadi, kalau rezeki dapat anak selepas saya mencecah usia 30 tahun pun saya kena terima,” katanya.

Pada Mac lalu, Hannah memaklumkan berita duka bahawa dia mengalami keguguran. Untuk rekod, Hannah berkahwin dengan suami, Imam Shah pada 18 Februari 2021.

SUMBER: Harian Metro

×