“Bella Astillah Memandu Kereta Macam ‘Puaka’” – Syed Saddiq

Sejak kebelakangan ini, sesi siaran langsung gandingan kegemaran ramai BASS iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq menjadi bualan dan perhatian ramai. 

Menerusi satu video dikongsikan seorang peminat di TikTok, Bella berkongsikan Syed Saddiq pernah menyimpan nombor plat kereta di dalam telefon bimbitnya.

BACA: “Curang Adalah Pilihan Bukan Takdir”

@scha…..a

bella kejar kereta YB .. #bellaastillah #syedsaddiq #BASS

? original sound – scha…. – scha….

“Kalau awak semua nak tahu, Syed Saddiq pernah tulis nombor plat kereta saya dalam telefon bimbitnya. Saya pun tidak tahu apa tujuannya,” katanya.

Syed Saddiq kemudian berseloroh mengatakan Bella memandu kereta dalam keadaan agak bahaya serta sangat laju. 

Malah, Saddiq menjelaskan dia mencatat nombor plat kereta Bella untuk membuat laporan polis kerana memandu secara berbahaya. Tambahnya dia tidak sedar bahawa kereta itu dipandu oleh Bella.

“Dia memandu kereta macam puaka. Bahaya. Dia bawa kereta sangat laju dan sentiasa hon saya. Ketika itu saya tidak sedar itu kereta dia sebab dia ada banyak kereta.

“Cermin kereta dia pula sangat gelap. Dia memandu macam orang gila sebab laju dan tidak memberi signal. Itu saya boleh sabar lagi. Tetapi apabila dia dari laluan paling kanan terus memotong dari tiga ke empat laluan.

“Waktu itu ada kereta lain dan saya terus ambil nombor plat itu untuk buat laporan. Bila sampai rumah dia saya nampak kereta yang sama. Saya selalu bersabar dalam kereta, tetapi saya hampir hilang sabar kerana cara dia memandu,” selorohnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kedua-dua mereka, tidak kurang juga ada yang menitipkan nasihat kepada Bella untuk memandu secara berhemah.

×