Bella Astillah Bangga Ayden Markah Tertinggi Dalam Pendidikan Islam

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi berita gembira mengenai anak sulungnya, Ayden Adrean yang mendapat markah tertinggi dalam subjek Pendidikan Islam.

Menerusi perkongsian Bella, Ayden ceria menunjukkan markah 94 peratus yang diperolehnya bagi subjek berkenaan.

BACA: Ibu Nafi Aliff Aziz Berbaik Dengan Bella Astillah

Dalam hantara tersebut, Bella turut meluahkan rasa bangga dengan prestasi anaknya itu serta mendoakan agar Ayden menjadi anak yang baik akhlaknya.

“Proud of my sayang, Ayden. The highest is Pendidikan Islam. Semoga terus belajar rajin-rajin dan menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya, insya-Allah,” tulisnya.

Pada Ogos lalu, Bella berkata bekas suaminya, Aliff Aziz tiada menghubungi untuk bertanyakan soal anak-anak selepas bercerai dan kali terakhir Aliff bertemu dengan dua anak mereka sebelum perbicaraan cerai di mahkamah.

×