Sebagai menghargai pelanggan setia, AirAsia telah mewujudkan Program Kesetiaan AirAsia BIG (AirAsia BIG Loyalty Programme) yang memberikan ganjaran berupa mata (atau BIG Points) setiap kali mereka terbang bersama AirAsia.
Sedar akan pentingnya hubungan bermakna antara pelanggan & syarikat penerbangan tambang murah itu, AirAsia akan memberikan 1 BIG Points untuk setiap RM4 yang dibelanjakan bersama AirAsia.
Jika anda memesan sekurang kurangnya stau servis tambahan (add-on) ketika terbang bersama AirAsia, anda akan menerima 1 BIG Points untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. Gandaan segera di situ.
BIG Points atau mata untuk program kesetiaan ini juga boleh dikumpul menerusi pelbagai rakan perniagaan terpilih sebagai contoh jika anda membeli belah di Paradigm Mall dari sekarang hingga 31 Mac 2014, anda akan menerima 2 BIG Points untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.
Apabila anda sudah memiliki cukup mata, BIG Points boleh ditukar secara keseluruhan atau sebagai tambahan kepada bayaran tunai dengan mana mana penerbangan AirAsia bermula dengan hanya 100 BIG Points.
Selain tiket penerbangan, ahli AirAsia BIG Loyalty Programme juga boleh menebus mata yang terkumpul untuk bilik hotel di Tune Hotel atau barangan eksklusif AirAsia.
AirAsia dengan promosi terbaru seperti di atas membolehkan anda menebus tiket penerbangan ke Sydney, Australia dan pelbagai lagi destinasi dengan mata serendah 2700 BIG Points. Masih ada masa, sah sehingga penghujung Mac 2014.
Untuk maklumat lanjut tentang AirAsia BIG Loyalty Programme juga senarai rakan perniagaan terpilih dan cara bagaimana anda boleh mendaftar untuk menjadi ahli AirAsia BIG (BIG Shot), lawati laman rasmi AirAsia BIG di airasiabig.com. Jom!