fbpx

Bekas Kekasih PU Riz Dedah Hubungan 5 Tahun Berakhir Kerana Orang Ketiga

Bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Rizz iaitu Amal Syahmina tampil memuat naik satu kenyataan selepas menerima pelbagai kecaman susulan tindakannya mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.

Menurut Amal, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu merupakan satu kesilapannya sendiri dan dia tidak sewajarnya menjatuhkan hukum terhadap seseorang yang cubah perbaiki diri menjadi lebih baik.

BACA: PU Riz Tak Dapat Menahan Air Mata Bebas COVID-19

“Ya, saya mengaku salah kerana ‘bitter’. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Saya sepatutnya boleh memberikan reaksi yang lebih baik. Saya mempunyai alasan tersendiri untuk berasa sedih. Apapun, saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Amal berkata dia mempunyai alasan tersendiri bertindak sedemikian dan mendedahkan bahawa hubungannya dengan bekas kekasih mula retak selepas kehadiran orang ketiga.

“Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia merupakan kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya.

“Meletakkan saya sebagai satu pilihan merupakan satu hal yang tidak wajar. Apapun, anda berhak untuk memilih apa yang anda mahu lakukan, maka, saya hormat keputusan anda dan cuba menerimanya,” katanya.

Katanya lagi, tiada seorang pun yang pernah tahu dan merasai akan kesakitan yang pernah dilaluinya selama ini kerana mereka yang mengecam tidak melalui lima tahun perhubungan dengan pendakwah berkenaan.

“Sebahagian daripada anda cuba mengeluarkan kata-kata yang kurang senang didengar dengan memberitahu yang saya bukan yang terbaik. Anda bukanlah insan yang menjalin hubungan dengannya selama lima tahun.

“Anda bukanlah insan yang begitu rapat dengan keluarga saya, dan paling penting, bukan ada yang pernah berjanji dengan keluarga saya dan diri saya yang anda akan mengahwini saya.

“Saya berharap semua orang baik-baik sahaja. Saya mahu mulakan hidup baru untuk kebaikan saya sendiri. Saya tidak pernah menyesal mengenalinya,” tulisnya.