fbpx

Bekas Isteri Da’i Farhan Dah Buka Tudung?

Lama tak dengar cerita mengenai bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi.

Meskipun sudah pun berpisah dengan pendakwah itu pada April 2020, namun kisah wanita yang ke-19 itu tetap menjadi perhatin ramai.

BACA: Dr Erin Akui Terima Mas Kahwin RM10,000 Walaupun Janda Anak 5

Baru-baru ini perkongsian Dr Erin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto berada di Tawau, Sabah memaparkan dirinya tidak lagi bertudung.

Seperti sudah dijangka, diruangan komen rata-rata netizen mempersoalkan tindakannya itu serta mahukan kepastian mengapa dia tidak lagi bertudung.

Diruangan komen, Erin berkata dia tidak membuka tudung sepenuhnya. Ujarnya, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam seperti menunaikan solat.

Biarpun ramai mengecamnya, namun ada segelintir netizen memberikan kata-kata semangat buat Erin serta berharap dia akan bertudung semula.