Jumaat lalu, pelakon Azlan Komeng dan isterinya Nur Nilam Ortiz terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam penyertaan untuk menyertai festival jualan di Kuala Lipis, Pahang.

Terbaru, Azlan merayu beg berisi duit niaga yang hilang semasa kemalangan agar dipulangkan semula. Menurut Azlan, jika ada sesiapa yang terjumpa diharap sudi pulangkan semula.

BACA: Azlan Komeng Patah Kaki & Tangan, Isteri Cedera Ringan Terlibat Kemalangan

“Pada hari kemalangan tu, apa yang tidak kami sedari duit hasil perniagaan hari itu tak tahu tercampak ke mana, terjatuh di dalam kereta ke. 

“Kalau ada sesiapa yang terjumpa dan sudi memulangkan bolehlah hubungi saya, isteri saya atau adik angkat saya. Saya sekarang berada di Hospital Batu Pahat,” katanya.

Memetik mStar Online, isteri kepada Azlan iaitu Nilam Ortiz memaklumkan mereka tidak menjumpai beg hitam tersebut dan pihak polis memberitahu perkara yang sama.

Katanya lagi, adik dan rakan-rakan yang memeriksa kereta tersebut selepas kemalangan turut memberitahu hal sama mengatakan kereta tersebut memang kosong.

“Kalau dikira jumlah hampir RM10,000 kami hilang. Duit itu diletakkan dalam bag berwarna hitam. Tanya polis masa kejadian itu pun mereka kata mereka hanya ambil barang-barang kami tanpa periksa pun isinya,” katanya.

Sementara itu, Nilam berkata dia enggan bersangka buruk serta beranggapan mungkin beg berkenaan telah tercampak keluar sewaktu berlaku rempuhan tersebut.

“Saya syak mungkin tercampak keluar, dan saya bersangka baik mungkin orang terambil dan mereka tak tahu pun itu kepunyaan kami.

“Saya tak syak sesiapa, bila berlaku kemalangan saya pun tak tahu tangan siapa yang terambil dan mata siapa yang tertengok dulu. Saya berharap Allah buka pintu hati mereka untuk pulangkan balik duit itu, itu sajalah saya harapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Nilam memberitahu wang berkenaan mahu digunakan untuk menampung kos pembedahan suaminya yang hampir mencecah RM40,000 sehinga dia terpaksa menggadaikan barang kemasnya.

“Buat masa ini saya terpaksa jual apa yang ada macam barang kemas untuk menampung banyak benda. Saya pun banyak tolak tawaran kerja begitu abang Azlan,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×