Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida memuat naik hantaran meluangkan masa menziarahi pusara penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, Vida berkata dia tidak dapat menahan sebak apabila melawat pusara arwah serta mengatakan ada bau yang wangi ketika kaki melangkah ke tanah perkuburan.

BACA: “Nampak Macam Anzalna” – DSV Dipuji Cantik Bertudung Bawal

@datoserividaofficial

perginya terlalu cepat. Nurly Syahirah, pelajar UPSI, anak yang hebat, penuh harapan. Hari ni saya ziarah pusara awak, sayang. Air mata ni tak mampu ditahan. Damailah di sana #datosrivida #nurlyshahirah #nurlysyahirahazman

? original sound – ????? ???????? – ??? , ???? ????? ?

“Hari ini saya ziarah pusara awak, sayang. Air mata ini tidak mampu untuk saya tahan. Damailah awak di sana.

“Masya-Allah diterangi cahaya yang begitu indah, bau wangi yang semerbak sebaik kaki melangkah, berehatlah awak di taman syurga,” katanya.

Dapat dilihat, Vida sempat meluangkan masa membacakan ayat suci al-Quran sebagai hadiah buat arwah.

Diruangan komen, rata-rata netizen tersentuh kerana Vida berpeluang untuk menziarahi keluarga arwah Nurly bersama anak-anak tahfiz serta memahami perasaan usahawan itu yang pernah kehilangan dua cahaya mata.

×