fbpx

Baru Usia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Anzalna Nasir Pandai Bahasa Perancis

Pejam celik, anak sulung pelakon Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidrees sudah pun berusia dua tahun. Baru-baru ini video Eidress dikongsikan Anzalna menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, baru sahaja dua tahun Eidress bukan sahaja pandai berzikir dan mengaji, malah boleh mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis.

BACA: Anzalna Nasir Bangga Adik Usia 23 Tahun Dapat Tawaran Sambung PhD

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Menerusi entri itu, Anzalna berkata anaknya itu seorang yang pemalu sehingga sehingga susah untuk merakam momen anaknya mempamerkan kebijaksanaannya itu.

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kebijaksanaan Eidress. Tidak kurang juga ada yang meminta tip untuk mengajar anak bahasa lain.